KEHARUSAN POLIGAMI DAN HIKMAHNYA
"Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): Dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki." [Maksud Firman Allah Taala Surah An-Nisa':3]

Friday, January 13, 2012

HADIAH MALAM JUMAAT



PENGALAMAN SALIH AL MAZI

Pada suatu malam bertepatan malam Jumaat Salih Al Mazi pergi ke masjid jamek untuk mengerjakan solat subuh.Kebiasaannya ia berangkat awal sebelum masuk waktu subuh dan melalui sebuah perkuburan.Di situ Salih duduk sekejap sambil membaca apa-apa yang boleh mendatangkan pahala bagi ahli kubur memandangkan waktu subuh masih lama lagi.Tiba-tiba dia tertidur dan bermimpi melihat ahli-ahli kubur keluar beramai-ramai dari kubur masing-masing.

Mereka duduk dalam kumpulan-kumpulan sambil berbual-bual sesama mereka.Salih Al Mazi ternampak seorang pemuda ahli kubur memakai pakaian kotor serta tidak berkumpul dengan ahli-ahli kubur yang lain.Dia duduk sendirian di tepi kuburnya dengan wajah murung,gelisah kerana sedih.

Tidak berapa lama kemudian datang malaikat membawa beberapa talam yang ditutup dengan saputangan seolah-olah seperti cahaya yang gemerlapan.

Malaikat mendatangi para ahli kubur dengan membawa talam-talam itu, tiap seorang mengambil satu talam dan dibawanya masuk ke dalam kuburnya.

Semua ahli kubur mendapat satu talam seorang sehinggalah tinggallah si pemuda yang kelihatan sedih itu seorang diri tidak mendapat apa-apa.

Dengan perasaan sedih dan duka dia bangun dan masuk semula ke dalam kuburnya.




Tapi sebelum dia masuk, Salih Al Mazi yang bermimpi segera menahannya untuk bertanyakan keadaannya. "Wahai hamba Allah!Aku lihat engkau terlalu sedih,mengapa?"Tanya Salih Al Mazi."Wahai Salih,adakah engkau lihat talam-talam yang dibawa oleh malaikat sebentar tadi?" Tanya pemuda itu."Ya,aku melihatnya.Tapi apa benda didalam talam-talam itu?"Tanya Salih Al Mazi lagi.Si pemuda itu menerangkan bahawa talam-talam itu berisi hadiah orang-orang yang masih hidup untuk orang-orang yang sudah mati yang terdiri dari pahala sedekah,bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dan doa. Hadiah-hadiah itu selalunya datang pada tiap-tiap malam Jumaat atau pada hari Jumaat.Si pemuda kemudian menerangkan tentang dirinya dengan panjang lebar.

Katanya dia ada seorang ibuyang masih hidup di alam dunia bahkan telah berkahwin dengan suami baru. Akibatnya dia lupa untuk bersedekah untuk anaknya yang telah meninggal dunia sehingga tidak orang lagi mengingati si pemuda.Maka sedihlah si pemuda setiap malam dan hari Jumaat apabila melihat orang-orang lain menerima hadiah sedangkan dia seorang tidak menerimanya.

Salih Al Mazi sangat kesian mendengar cerita si pemuda itu lalu dia bertanya nama dan alamat ibunya agar ia dapat menyampaikan keadaan anaknya.Si pemuda menerangkan sifat-sifat serta alamat ibunya.Kemudian Salih Al Mazi terjaga dari tidurnya.Pada sebelah paginya, Salih Al Mazi terus pergi mencari rumah ibu si pemuda tersebut.Setelah mencari ke sana ke mari akhirnya beliau bertemu dengan ibu si pemuda tersebut lantas menceritakan perihal mimpinya.

Ibu si pemuda itu menangis tatkala mendengar perihal mimpi Salih Al Mazi mengenai nasib anaknya yang merana di alam barzakh(kubur).Kemudian ia berkata"Wahai Salih,memang betul dia anakku,dialah belahan hatiku,dia keluar dari dalam perutku.Dia membesar dengan minum susu dari dadaku dan ribaanku inilah tempat dia berbaring dan tidur sewaktu kecilnya".Salih Al Mazi turut sedih melihat keadaan ibu si pemuda itu meratap dan menangis penuh penyesalan kerana tidak ingat untuk mendoakan anaknya selama ini.

"Kalau begitu saya mohon minta diri dahulu."kata Salih Al Mazi lalu bagi meninggalkan wanita tersebut.Tatkala Salih Al Mazi hendak menlangkah keluar si ibu pemuda itu menahan beliau agar jangan pulang dahulu.Si ibu pemuda itu masuk ke dalam biliknya dan kemudian keluar dengan membawa wang sebanyak seribu dirham."Wahai Salih,ambil wang ini dan sedekahkanlah untuk anakku,cahaya mataku.Insyaallah aku tidak akan melupakannya untuk berdoa dan bersedekah unutknya selama aku masih hidup."kata ibu pemuda tersebut.

Salih Al Mazi mengambil wang tersebut dan di sedekahkan kepada fakir miskin sehingga tidak sesenpun dari seribu dirham itu yang tinggal.Dilakukan semua itu sebagai memenuhi amanah yang diberikan kepadanya oleh ibu pemuda tersebut.

Pada suatu malam Jumaat berikutnya, Salih Al Mazi berangkat ke masjid jamek untuk solat berjemaah.Dalam perjalanan sebagaimana biasa dia singgah di tanah perkuburan.Di situ dia terlena sekejap dan bermimpi melihat ahli-ahli kubur keluar dari kubur masing-masing. Kelihatan si pemuda yang dahulunya sedih seorang diri kini keluar bersama-sama dengan memakai pakaian putih yang cantik serta mukanya kelihatan sangat gembira.

Pemuda tersebut mendekati Salih Al Mazi seraya berkata "Wahai tuan Salih,aku ucapkan terimakasih kepadamu,semoga Allah SWT membalas kebaikanmu itu.Hadiah dari ibuku telah aku terima pada hari Jumaat"."Eh!Engkau boleh mengetahui hari Jumaat?"tanya Salih Al Mazi yang kehairanan.

"Ya tahu." jawab si pemuda itu.Lalu Salih Al Mazi bertanya lagi " Apa tandanya?"Lalu si pemuda itu menjawab " Jika burung-burung di udara berkicau dan berkata "Selamat pada hari yang baik ini,yakni hari Jumaat".

Salih al Mazi terjaga dari tidurnya dan dia cuba mengingati mimpinya dan merasa gembira kerana si pemuda itu telah mendapat rahmat dari Allah SWT disebabkan sedekah dan doa dari ibunya.

(Petikan kisah Wali-Wali Allah(2)terbitan syarikat Nurulhas)


...LAGI MAU LIHAT>>>KLIK JE KAT SINI..APA SUSAH

PULAU ADANG 1

 
Kembali ke Atas