KEHARUSAN POLIGAMI DAN HIKMAHNYA
"Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): Dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki." [Maksud Firman Allah Taala Surah An-Nisa':3]

Saturday, December 5, 2009

BOLASEPAK PIALA DUNIA 2010 - KEDUDUKAN PASUKAN

BERIKUT undian kumpulan pusingan akhir bola sepak Piala Dunia Afrika Selatan 2010.

Kumpulan A


- Afrika Selatan

- Mexico

- Uruguay

- Perancis



Kumpulan B

- Argentina

- Nigeria

- Korea Selatan

- Greece


Kumpulan C

- England

- Amerika syarikat

- Algeria

- Slovenia



Kumpulan D

- Jerman

- Australia

- Serbia

- Ghana


Kumpulan E

- Belanda

- Denmark

- Jepun

- Cameroon


Kumpulan F

- Itali

- Paraguay

- New Zealand

- Slovakia


Kumpulan G

- Brazil

- Korea Utara

- Ivory Coast

- Portugal


Kumpulan H

- Sepanyol

- Switzerland

- Honduras

- Chile




...LAGI MAU LIHAT>>>KLIK JE KAT SINI..APA SUSAH

Friday, December 4, 2009

LAGI VIDEO DAN GAMBAR AKTIVITI QURBAN DI SURAU TAMAN NESA,SELAMA,PERAK











Askar pun ada join dalam qurban nie......oopppss bukan askar tapi bekas soja...


Member kita tengah kusyuk melapah kaki lembu hingga meleleh air liur budak yang duduk mencangkung tu melihatnya....


Anak-anak india pun terpegun melihat cara-cara melapah lembu...


Lapah je....asalkan jangan lapah tangan sendiri sudahlah....


Musyridul tengah tengok apa tu?


Nampak penat jer brother kita nie.....kena dera ke?


Kesemua jumlah Qurban adalah 6 ekor lembu dan 2 ekor kambing.Semua klip-klip video dan gambar dilakukan oleh anak-anak aku dan maaf ler sekiranya terdapat kecacatan/ketidaksempurna....NazaCB.blogspot.com


  









...LAGI MAU LIHAT>>>KLIK JE KAT SINI..APA SUSAH

Thursday, December 3, 2009

SIAPAKAH KITA



RENUNGKAN......
ADAKAH KITA SAMA SEPERTI DALAM GAMBAR DI ATAS ?????

Mabadi ( Permulaan ) Ilmu Tauhid

Perkataan ' Mabadi ' itu bahasa Arab jama' daripada perkataan mabda' Bererti : Punca , mula terbit . Maksudnya keterangan yang ringkas atau tujuan sesuatu ilmu sebelum membaca atau belajar ilmu itu. Disebut juga Pembukaan sesuatu ilmu. Adalah Mabadi ilmu tauhid itu sepuluh perkara :

1) Nama ilmu ini :

Iaitu dinamakan Ilmu Tauhid , Ilmu Kalam , Ilmu Usuluddin, Ilmu 'Aqaid, Ilmu sifat dan Al-Iman.

2) Tempat ambilannya :

Iaitu diterbitkan daripada Al-Quraan dan Al-Hadith.


3) Kandungannya :

Iaitu mengandungi pengetahuan dari hal membahaskan ketetapan pegangan, kepercayaan kepada Allah dan kepada rasul-rasulnya daripada beberapa simpulan atau ikatan kepercayaan dengan segala dalil-dalil supaya diperolehi I'ktikad yang yakin, kepercayaan yang putus yang mana ia akan menaikkan perasaan bekerja dan beramal menurut bagaimana kepercayaan tersebut.


4) Tempat bahasannya ( Maudhu'nya )kepada empat tempat :


Pertama : Pada zat Allah Ta'ala dari segi sifat-sifat yang wajib bagiNya, Sifat-sifat yang mustahil atasNya dan sifat yang harus padaNya.


Kedua : Pada zat Rasul-rasul dari segi sifat-sifat yang wajib bagiNya, Sifat-sifat yang mustahil atasNya dan sifat yang harus padanya.


Ketiga : Pada segala kejadian dari segi jirim-jirim dan aradh-aradh yang mana menjadi dalil dan bukti atas wujud yang menjadikannya.


Keempat : Pada segala pegangan dan kepercayaan dengan kenyataan yang didengar daripada perkhabaran Rasulullah seperti hal-hal perkara ghaib contohnya arash , syurga , mahsyar ,neraka dan lain-lain tentang hari Qiamat.


5) Faedah Ilmu Tauhid :

Iaitu dapat mengenal Allah s.w.t. dan percayakan rasul serta mendapat kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat yang kekal.


6) Nisbah ilmu Tauhid dengan ilmu-ilmu yang lain :

Ilmu yang merangkumi ilmu asas di dalam ajaran Islam dan yang paling utama sekali.


7) Yang menghantarkan :

Imam Abu Hasan Al-Asy'ari dan Imam Abu Mansur Al-Maturidi. Dan orang yang pertama menerima ilmu Tauhid daripada Allah Ta'ala ialah nabi Adam a.s. dan yang akhir sekali ialah Saidina Muhammad s.a.w.

8) Hukumnya :

Iaitu fardhu A'in atas tiap-tiap orang mukallaf lelaki atau perempuan mengetahui sifat-sifat Allah s.w.t. dengan cara ijmal ( ringkas ) dan dengan cara tafsil ( huraian atau satu persatu ) berserta dengan dalil ijmal . Adapun mengetahui dalil tafsil itu fardhu kifayah .

9) Kelebihannya :

Iaitu semulia-mulia dan setinggi-tinggi ilmu daripada ilmu-ilmu yang lain kerana menurut hadith Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud :

" Sesungguhnya Allah s.w.t. tidak memfardhukan sesuatu yang terlebih afdhal daripada mengEsakan Allah dan ada sesuatu itu terlebih afdhal daripadanya ,nescaya tetaplah telah difardhukan ke atas MalaikatNya padahal setengah daripada Malaikat-malaikat itu ada yang rukuk selama-lamanya dan setengahnya ada yang sujud selama-lamanya."

( Riwayat Hakim )

10) Kesudahan ilmu ini :

Iaitu dapat membezakan di antara 'aqaid dan kepercayaan yang sah dengan yang batil.
...LAGI MAU LIHAT>>>KLIK JE KAT SINI..APA SUSAH

Wednesday, December 2, 2009

QURBAN d' GRIK -29/11/2009 bersamaan 12 Zulhijjah 1430M



Aktiviti Qurban di Grik bagi penduduk-penduduk Taman Sri Temenggor,Taman Toh Purba Lahamat dan Taman Haji Wan Teh,Grik,Perak ...LAGI MAU LIHAT>>>KLIK JE KAT SINI..APA SUSAH

Tuesday, December 1, 2009

Cristiano Ronaldo Vs Ronaldinho - Siapa pilihan ANDA - tak suka Jangan pilih..


Hari ini tiada apa-apa nak buat....nak upload klip video Qurban Raya Haji tak boleh nak buat sebab..



sebab youtube tengah buat maintenance jadi aku upload ler apa2 video yang boleh...nak kata aku ni kaki bola, tak ler sesangat ...cuma minat bolasepak antarabangsa je..pantang ada live kat TV/Astro..aku cuba gak tongkatkan mata untuk nengok tapi seringkali TV yang tengok aku....lebih kurang 90% Tv tengok aku...hahahahhaa..kalau youtube dah ok...nantikan klip video..tungguu...
...LAGI MAU LIHAT>>>KLIK JE KAT SINI..APA SUSAH

PULAU ADANG 1

 
Kembali ke Atas