Ziarah Kubur Nabi adalah salah satu ibadat yg sangat besar..
Dalil-dalil disunatkan menziarahi kubur Nabi:-
1. Firman Allah:
((ولو أنهم إذ ظلموا أنفسهم جاؤك فاستغفروا الله واستغفر لهم الرسول لوجدو الله توابا رحيما))
Maksudnya: Dan kalaulah mereka melakukan kezaliman terhadap dari mereka dengan membuat dosa; mereka datang berjumpa denganmu(Muhammad) lalu mereka meminta ampun pada Allah; serta Rasul meminta ampun untuk dosa-dosa mereka; nescaya mereka akan dapati Allah itu maha menerima taubat dan maha pengasih.(An-Nisa: 64)
2. Hadis Nabi:
(من زار قبري وجبت له شفاعتي)
Maksudnya: Sesiapa yang menziarahi kuburku maka dia wajib mendapat syafaatku. (HR Dar Qutni)
3. Hadis Nabi:
(من زارني في المدينة محتسبا كنت له شفيعا وشهيدا يوم القيامة)
Maksudnya: Sesiapa yang menziarahiku di Madinah dgn mengharapkan pahala; maka aku akan menjadi pemberi syafaat dan saksi untuk membelanya pada hari kiamat.(HR Baihaqi).
4. Hadis Nabi:
(من زارني بعد موتي فكأنما زارني في حياتي)
Maksudnya: Sesiapa yang menziarahi aku selepas kematianku seumpama dia menziarahi aku ketika aku hidup. (Hr Ad-Dar Qutni)
5. Ijmak ulama.
Qadi 'Iyad berkata: Ziarah kubur Nabi s.a.w adalah satu sunat dari perkara yang sunat pada orang Islam yang telah disepakati oleh para ulama.
Kejadian-kejadian luar biasa ketika menziarahi Maqam Nabi:-
1. Imam Ibnu al-Jala berkata: Aku masuk ke makam Nabi dalam keadaan aku kesusahan. maka aku mendekati makam Nabi s.a.w, seraya aku berkata: "Daku adalah tamumu" maka aku terlelap dan melihat Nabi s.a.w memberiku sekeping roti. Lalu aku memakan setengahnya. Bila aku terjaga, aku dapati ada setengah keping roti ditanganku.
2. Ibnul Muqri berkata: Aku bersama Tabrani dan Abu syeikh berada di Madinah dalam keadaan kami kesulitan hingga menyebabkan kami menyambung puasa kami sehingga ke malam. Apabila sampai waktu Isya kamu menghampiri Makam Nabi dan aku berkata dalam keadaan mengharap: Hai Rasulullah..lapar...
Maka Tabrani berkata pada ku: "Duduklah sama ada kita mati atau datang rezki." Lalu aku dan Abu syeikh tidur, sementara Tabrani duduk menunggu jika ada rezeki.
Maka datang seseorang bersama 2 orang hamba yang membawa dua bakul yang berisi banyak makanan. Lelaki itu berkata "Kamu telah mengadu kesusahan pada Nabi; dan aku bermimpi berjumpa Nabi menyuruhku supaya membawa rezeki pada kamu."
kesimpulan: Marilah kita sama-sama berazam untuk menziarahi makamnya...rinduilah untuk bersama Nabi di Syurga... oleh itu mari kita menghidupkan sunnahnya.
...LAGI MAU LIHAT>>>KLIK JE KAT SINI..APA SUSAH