KEHARUSAN POLIGAMI DAN HIKMAHNYA
"Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): Dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki." [Maksud Firman Allah Taala Surah An-Nisa':3]

Tuesday, December 11, 2012

BERBAKTI KEPADA IBUBAPA

Hadith:

Daripada Abu Hurairah RA juga daripada Nabi SAW sabdanya, “Hinalah kemudian, hinalah kemudian, hinalah (bagi) mereka yang sempat hidup bersama dengan salah seorang daripada ibu bapanya atau kedua-duanya sekali ketika mereka tua sedangkan dia tidak dapat masuk syurga” (dengan sebab itu)”.





Huraian Hadith:

1. Islam menyuruh umatnya supaya mengutamakan berbuat baik kepada ibu bapa dan kemudian kepada keluarga.

2. Ibu bapa adalah orang yang paling patut dihormati. Sesiapa yang mengabaikan tanggungjawab terhadap mereka nescaya dia tidak akan masuk syurga.

3. Islam memandang hina kepada orang-orang yang tidak mengambil tahu hal ibu bapa mereka.

4. Islam mengajar umatnya bersopan santun dengan ibu bapa.

5. Berbuat baik kepada ibu bapa adalah wajib walaupun mereka masih muda, tetapi hadith ini menyebut ketika tua kerana pada ketika itu mereka lebih berhajat kepada bakti anak-anak disebabkan kelemahan mereka.

6. Derhaka kepada ibu bapa adalah antara dosa besar yang menyebabkan seorang itu dihalang daripada rahmat Allah.

Sumber : Kitab Riyadh As-Solihin.

Hadith:

Daripada Abu Hurairah RA katanya, sabda Rasulullah SAW, “Tidak terbalas jasa seorang anak terhadap orang tuanya melainkan apabila dia mendapati orang tuanya menjadi hamba, lalu dibeli dan dimerdekakannya”.

Huraian Hadith:

1.Pengorbanan ibu bapa tidak dapat dinilai dan tidak mungkin dapat dibalas jasa mereka berdua dengan apa yang ada didunia ini.

2.Anak-anak hendaklah mengenangkan jasa ibu bapa dan membalas budi mereka dengan sebaik-baiknya.

3.Seorang ayah yang berstatus hamba akan menjadi merdeka dengan dibeli oleh anaknya perlu dilafazkan oleh anak bahawa dia memerdekakan ayahnya, kerana pembelian anak adalah sebab merdekanya.



...LAGI MAU LIHAT>>>KLIK JE KAT SINI..APA SUSAH

PULAU ADANG 1

 
Kembali ke Atas