Riwayat: al-Bukhari dan Muslim
Hadith:
Daripada Abu Hurairah RA katanya, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Katanya, andai kata pada pintu seseorang di antara kamu ada sebuah sungai dan ia mandi disitu sebanyak lima kali dalam sehari, apakah masih ada kekotoran yang masih tertinggal dibadannya?” para sahabat menjawab, tidak ada kekotoran sedikit pun yang tertinggal dibadannya. Baginda bersabda, “Demikianlah bandingan sembahyang lima waktu, dengan mengerjakan semua itu Allah akan menghapuskan semua dosanya dan kesalahan”.
(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Huraian Hadith:
Kelebihan Solat lima waktu dan kelebihan memeliharanya.
- Sembahyang fardhu merupakan tiang agama yang diwajibkan kepada setiap umat Islam yang telah cukup syarat-syaratnya.
- Orang yang mengerjakan sembahyang fardhu dengan sempurna meliputi rukun dan sunatnya akan diampunkan dosa-dosa kecil sedangkan dosa-dosa besar tidak terhapus melainkan dengan bertaubat.
- Uslub Nabi SAW menarik minat dan terangsang untuk melakukan taat dengancara berdialog dan perumpamaan.
Kelebihan Membaca Surah al-Ikhlas
Hadith:
Daripada Anas RA bahawa seorang lelaki berkata, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku sangat suka kepada surah ini, “(al-ikhlas)” lalu Baginda pun bersabda,”Sesungguhnya kesukaanmu pada surah ini akan memasukkan engkau ke dalam syurga”.
Dan al-Bukhari juga ada meriwayatkan dalam kitab sahih sebagai taklik.
Huraian Hadith:
- Al-Qur’an al-Karim mengandungi semua cabang Islam dan iman iaitu aqidah, syariah, dan akhlak sedangkan ilmu tauhid itu meliputi di dalam surah al-ikhlas.
- Orang yang membaca surah al-ikhlas akan mendapat pahala yang sangat besar bersamaan dengan membaca sepuluh juzu’ daripada keseluruhan al-Qur’an.