KEHARUSAN POLIGAMI DAN HIKMAHNYA
"Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): Dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki." [Maksud Firman Allah Taala Surah An-Nisa':3]

Monday, June 4, 2012

AMALAN BERWUDUK


 Untuk menunaikan sembahyang, kita diwajibkan berwuduk (mengambil air sembahyang atau mengangkat hadas kecil) terlebih dahulu. Jika kita tidak berwuduk adalah haram hukumnya, begitu juga jika kita ingin melakukan:-

■      1. Sembahyang-sembahyang sunat.
■      2. Thawaf di Baitullah.
■      3. Menyembahyangkan mayat.
■      4. Sujud tilawah atau sujud syukur.
■   5. Memegang (menyentuh/membawa) Al-Quran, tetapi dibolehkan, diharuskan menyentuh/membawa/memegang jika kandungan isi Al-Quran itu lebih banyak tafsiran dari isi ayat Al-Quran.

 Syarat-syarat Wuduk

 Syarat sah Wuduk itu ada enam:-

■    1. Orang Islam (orang bukan Islam tidak wajib berwuduk)

■    2. Mumayiz, iaitu telah dapat membezakan yang baik dengan yang buruk sesuatu pekerjaan, yakni yang telah berusia 9 tahun.

■    3. Air mutlak (air yang suci lagi menyucikan).

■    4. Bersih dari Haidh, Nifas dan Junub atau dalam Hadas Besar.

■   5. Jangan ada pada anggota kita sesuatu benda yang dengannya, sebabnya tidak sampai air ke kulit/rambut/kuku seperti cat, lilin, getah, tatoo di kulit, pewarna rambut, pewarna kuku, gincu bibir, eyeshadow dsb.

■    6. Mengetahui dan dapat membezakan mana yang fardhu dan sunat. 

Perkara yang membatalkan wuduk.

Enam Perkara Yang Membatalkan Wuduk ;

■    1. Keluar sesuatu dari salah satu dua jalan (kubul atau dubur) seperti kencing, najis, angin, mazi, nanah, darah atau mani dan sebagainya.

■    2. Tidur yang tidak tetap, kecuali terlena sebentar ketika sedang duduk.

■    3. Hilang akal disebabkan mabuk, pengsan, gila, sawan, pitam dan sebagainya.

■    4. Menyentuh kemaluan manusia atau dubur dengan telapak tangan atau perut jari kecil atau besar hidup ataupun mati.

■    5. Bersentuh kulit antara lelaki dengan perempuan dengan tidak berlapik kecuali muhrimnya (keluarga yang tidak boleh dikahwini antara keduanya seperti Ayah, Ibu, anak, nenek, cucu, saudara sesusu, mertua, menantu dan lain-lainnya).

■    6. Murtad.

Rukun-rukun Wuduk

Rukun wuduk itu ada enam perkara:-


1.Niat bermaksud "Sahaja aku mengangkat wuduk fardu kerana Allah Ta’ala". Sebelum berniat berkumur   dan bersihkanlah hidung tangan dan kaki serta mulakanlah dengan membaca "Bismillah hirrahman nirrahim" dan niat.



2. Membasuh muka

3. Membasuh kedua tangan hingga ke siku.

4. Menyapu air di kepala.

5. Membasuh kedua kaki.

6. Tertib Doa Ketika Wuduk.

1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini". Penjelasan: Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah.

2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini". Penjelasan : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini". Penjelasan: Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan.

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini". Penjelasan: Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri.

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu" Penjelasan: Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala.

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini" Penjelasan: Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah, lagu2 berunsur maksiat ..

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan."Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim". Penjelasan: Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali. 

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat" Penjelasan : Qada’ dan Qadar kita di tangan Allah.
...LAGI MAU LIHAT>>>KLIK JE KAT SINI..APA SUSAH

PULAU ADANG 1

 
Kembali ke Atas