Friday, December 11, 2009
ADAB MEMOTONG KUKU
Ada juga golongan yang mempertikaikan riwayat-riwayat di atas. Apapun secara amnya sunat memotong kuku pada hari Isnin, Khamis dan Jumaat. Ada juga riwayat mengatakan siapa potong kuku setiap hari Rabu miskinlah ia. (Kesahihannya wallahua’lam). Seboleh-bolehnya elakkan dari mengekalkan memotong kuku pada hari Rabu (sekali-sekala tidak apa). Ini kerana isteri nabi iaitu Siti Khadijah pernah bertanya bagaimanakah caranya untuk menghabiskan harta beliau yang banyak. Maka jawab Nabi s.a.w. potonglah kuku pada setiap hari Rabu.Nabi juga pernah berkata, jangan panjangkan kuku kerana syaitan berlari di atas kuku yang panjang. Begitu juga misai yang melebihi bibir mulut.
Kaedah yang paling mudah ialah:-
KUKU TANGAN
Mulai dari Jari Telunjuk tangan kanan.
Jari Tengah tangan kanan
Jari Manis tangan kanan
Jari Kelingking tangan kanan (Tinggalkan Ibu Jari tangan kanan)
Jari Kelingking tangan kiri
Jari Manis tangan kiri
Jari Tengah tangan kiri
Jari Telunjuk tangan kiri
Ibu Jari tangan kiri
Ibu Jari tangan kanan
Mula dari kanan, penghabisan juga sebelah kanan.
KUKU KAKI - Mula dari kanan, penghabisan sebelah kiri iaitu kelingking kiri. Mulai dari Kelingking Kanan dan bergerak ke jari-jari lain di sebelah kiri jari kelingking kanan . (cara terus, straight – cara “highway”
...LAGI MAU LIHAT>>>KLIK JE KAT SINI..APA SUSAH
Thursday, December 10, 2009
RUSSIAN WRECK P.PINANG - ( 7-8/12/2009 )
Brader Wahizan tengah bertarung dengan Ikan Tenggiri iaitu ikan yang pertama dalam MISI kali ini....
Brader Mail dengan ikan jenahaknya yang pertama...kalau tidak dia boleh dapat RM300 kerana Tekong Ah Chuan cabar beliau tapi dia tak terima cabaran tekong.
Sampai kat Jeti Teluk Bahang......tapi tak tahu jeti yang mana satu.....ada banyak jeti.....
Tengah buat perambut ngan tali kambing.....boleh guna ka?......
Makan pagi n tengahari....sementara tunggu bot sampai.....
Baru sampai jeti...sempat lagi berposing.....
Brader Lan kita dah tak sabaq2 nak Memburu......
Brader Dan kita tengah buat aksi Ultraman.....fire....>>>>>>
Tekong Ah Chuan pun macbuk gak......hehehehhehe....
Brader Mail kita tengah mimpi dapat ikan BESARR PUNYAA.....
Mau hidup pun susah...mau mati pun susah....baik wa tituq dulu.......awak2 Bot...
Pak Din dengan kancunya...untuk naikkan ikan yang d'buru oleh brader Jan kita....
Chief Cook kita.....brader Wahizan....merangkap Chief Divison Misi kali ini.....2 jawatan bebbb..
Wahizan dengan ikan jenahak yang di tangkap......BESARRR PUNYAAA
Berehat seketika...penat angkut barang dari bot......
Apa tunggu lagi......mai pekena kari kepala ikan....mantap..
Aku...sabar menanti makanan yang dipesan tak kunjung tiba...perut dah lapar....
Brader Mail kita.....tengah kusyuk makan kari kepala ikan.....hehhehehe
Hasil buruan....
Lagi....hasil buruan yang dapat diburu.....
Lagi hasil buruan....
Brader Wahizan tengah fikir cmno nak bahagi2kan sume ikan-ikan.....
Lepak di Dagau Brader Mail Cina kita.....sementara menanti pembahagian ikan2
...LAGI MAU LIHAT>>>KLIK JE KAT SINI..APA SUSAH
Saturday, December 5, 2009
BOLASEPAK PIALA DUNIA 2010 - KEDUDUKAN PASUKAN
BERIKUT undian kumpulan pusingan akhir bola sepak Piala Dunia Afrika Selatan 2010.
Kumpulan A
Kumpulan B
- Argentina
- Nigeria
- Korea Selatan
- Greece
Kumpulan C
- England
- Amerika syarikat
- Algeria
- Slovenia
Kumpulan D
- Jerman
- Australia
- Serbia
- Ghana
Kumpulan E
- Belanda
- Denmark
- Jepun
- Cameroon
Kumpulan F
- Itali
- Paraguay
- New Zealand
- Slovakia
Kumpulan G
- Brazil
- Korea Utara
- Ivory Coast
- Portugal
Kumpulan H
- Sepanyol
- Switzerland
- Honduras
- Chile
...LAGI MAU LIHAT>>>KLIK JE KAT SINI..APA SUSAH
Friday, December 4, 2009
LAGI VIDEO DAN GAMBAR AKTIVITI QURBAN DI SURAU TAMAN NESA,SELAMA,PERAK
Askar pun ada join dalam qurban nie......oopppss bukan askar tapi bekas soja...
Member kita tengah kusyuk melapah kaki lembu hingga meleleh air liur budak yang duduk mencangkung tu melihatnya....
Anak-anak india pun terpegun melihat cara-cara melapah lembu...
Lapah je....asalkan jangan lapah tangan sendiri sudahlah....
Musyridul tengah tengok apa tu?
Nampak penat jer brother kita nie.....kena dera ke?
Kesemua jumlah Qurban adalah 6 ekor lembu dan 2 ekor kambing.Semua klip-klip video dan gambar dilakukan oleh anak-anak aku dan maaf ler sekiranya terdapat kecacatan/ketidaksempurna....NazaCB.blogspot.com
Thursday, December 3, 2009
SIAPAKAH KITA
ADAKAH KITA SAMA SEPERTI DALAM GAMBAR DI ATAS ?????
Mabadi ( Permulaan ) Ilmu Tauhid
Perkataan ' Mabadi ' itu bahasa Arab jama' daripada perkataan mabda' Bererti : Punca , mula terbit . Maksudnya keterangan yang ringkas atau tujuan sesuatu ilmu sebelum membaca atau belajar ilmu itu. Disebut juga Pembukaan sesuatu ilmu. Adalah Mabadi ilmu tauhid itu sepuluh perkara :
1) Nama ilmu ini :
Iaitu dinamakan Ilmu Tauhid , Ilmu Kalam , Ilmu Usuluddin, Ilmu 'Aqaid, Ilmu sifat dan Al-Iman.
2) Tempat ambilannya :
Iaitu diterbitkan daripada Al-Quraan dan Al-Hadith.
3) Kandungannya :
Iaitu mengandungi pengetahuan dari hal membahaskan ketetapan pegangan, kepercayaan kepada Allah dan kepada rasul-rasulnya daripada beberapa simpulan atau ikatan kepercayaan dengan segala dalil-dalil supaya diperolehi I'ktikad yang yakin, kepercayaan yang putus yang mana ia akan menaikkan perasaan bekerja dan beramal menurut bagaimana kepercayaan tersebut.
4) Tempat bahasannya ( Maudhu'nya )kepada empat tempat :
Pertama : Pada zat Allah Ta'ala dari segi sifat-sifat yang wajib bagiNya, Sifat-sifat yang mustahil atasNya dan sifat yang harus padaNya.
Kedua : Pada zat Rasul-rasul dari segi sifat-sifat yang wajib bagiNya, Sifat-sifat yang mustahil atasNya dan sifat yang harus padanya.
Ketiga : Pada segala kejadian dari segi jirim-jirim dan aradh-aradh yang mana menjadi dalil dan bukti atas wujud yang menjadikannya.
Keempat : Pada segala pegangan dan kepercayaan dengan kenyataan yang didengar daripada perkhabaran Rasulullah seperti hal-hal perkara ghaib contohnya arash , syurga , mahsyar ,neraka dan lain-lain tentang hari Qiamat.
5) Faedah Ilmu Tauhid :
Iaitu dapat mengenal Allah s.w.t. dan percayakan rasul serta mendapat kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat yang kekal.
6) Nisbah ilmu Tauhid dengan ilmu-ilmu yang lain :
Ilmu yang merangkumi ilmu asas di dalam ajaran Islam dan yang paling utama sekali.
7) Yang menghantarkan :
Imam Abu Hasan Al-Asy'ari dan Imam Abu Mansur Al-Maturidi. Dan orang yang pertama menerima ilmu Tauhid daripada Allah Ta'ala ialah nabi Adam a.s. dan yang akhir sekali ialah Saidina Muhammad s.a.w.
8) Hukumnya :
Iaitu fardhu A'in atas tiap-tiap orang mukallaf lelaki atau perempuan mengetahui sifat-sifat Allah s.w.t. dengan cara ijmal ( ringkas ) dan dengan cara tafsil ( huraian atau satu persatu ) berserta dengan dalil ijmal . Adapun mengetahui dalil tafsil itu fardhu kifayah .
9) Kelebihannya :
Iaitu semulia-mulia dan setinggi-tinggi ilmu daripada ilmu-ilmu yang lain kerana menurut hadith Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud :
" Sesungguhnya Allah s.w.t. tidak memfardhukan sesuatu yang terlebih afdhal daripada mengEsakan Allah dan ada sesuatu itu terlebih afdhal daripadanya ,nescaya tetaplah telah difardhukan ke atas MalaikatNya padahal setengah daripada Malaikat-malaikat itu ada yang rukuk selama-lamanya dan setengahnya ada yang sujud selama-lamanya."
( Riwayat Hakim )
10) Kesudahan ilmu ini :
Iaitu dapat membezakan di antara 'aqaid dan kepercayaan yang sah dengan yang batil. ...LAGI MAU LIHAT>>>KLIK JE KAT SINI..APA SUSAH
Wednesday, December 2, 2009
QURBAN d' GRIK -29/11/2009 bersamaan 12 Zulhijjah 1430M
Aktiviti Qurban di Grik bagi penduduk-penduduk Taman Sri Temenggor,Taman Toh Purba Lahamat dan Taman Haji Wan Teh,Grik,Perak
...LAGI MAU LIHAT>>>KLIK JE KAT SINI..APA SUSAH
Tuesday, December 1, 2009
Cristiano Ronaldo Vs Ronaldinho - Siapa pilihan ANDA - tak suka Jangan pilih..
Hari ini tiada apa-apa nak buat....nak upload klip video Qurban Raya Haji tak boleh nak buat sebab..
sebab youtube tengah buat maintenance jadi aku upload ler apa2 video yang boleh...nak kata aku ni kaki bola, tak ler sesangat ...cuma minat bolasepak antarabangsa je..pantang ada live kat TV/Astro..aku cuba gak tongkatkan mata untuk nengok tapi seringkali TV yang tengok aku....lebih kurang 90% Tv tengok aku...hahahahhaa..kalau youtube dah ok...nantikan klip video..tungguu...
...LAGI MAU LIHAT>>>KLIK JE KAT SINI..APA SUSAH
Subscribe to:
Posts (Atom)

