Friday, November 20, 2009
Umat Islam Wajar Contohi Ketabahan Rasulullah
Thursday, November 19, 2009
TRIP KO ADANG THAILAND 2 - 14/10/09 HINGGA 17/10/2009
Monday, November 16, 2009
IKAN BAUNG TERBESAR
Beberapa penduduk tempatan sebelum ini percaya kewujudan satu raksasa misteri di dalam sungai Kali di sempadan India-Nepal yang telah membaham penduduk ketika mereka mandi.
Kewujudan ikan gergasi tersebut menyebabkan seorang ahli biologi, Jeremy Wade melakukan siasatan di mana penemuan itu bakal disiarkan dalam satu dokumentari di televisyen.
Dia berkata: "Beberapa penduduk tempatan memberitahu saya satu teori bahawa ia akan membesar secara luar biasa apabila membaham sebahagian daripada mayat manusia.
"Jika anda memberikan makanan yang lebih, ia akan membesar dengan lebih besar," katanya.
Wade berjaya menangkap ikan gergasi seberat 73 kilogram bersamaan 6 kaki panjang itu di mana ia adalah rekod paling berat dunia dan jauh lebih besar berbanding ikan terbesar yang pernah ditemui di sungai sebelum ini. - Agensi ...LAGI MAU LIHAT>>>KLIK JE KAT SINI..APA SUSAH
Saturday, November 14, 2009
BANJIR DI PERAK BERANSUR PULIH
IPOH: Keadaan banjir di Perak beransur pulih dengan hanya 64 mangsa daripada 14 keluarga dari Kampung Lembah Keluang, Selama, 125 km dari sini, yang masih berada di pusat pemindahan sehingga 6 petang tadi.
Jurucakap Polis Bilik Gerakan Balai Polis Selama berkata seramai 35 orang telah dibenarkan pulang ke rumah masingmasing hari ini.......
Mangsa yang dibenarkan pulang membabitkan penduduk Kampung Tebing Tinggi, Kampung Bertam dan Kampung Chin Ahlau selepas air di kampung tersebut mulai surut tengah hari tadi, katanya ketika dihubungi hari ini.
Seramai 191 mangsa banjir dari daerah Selama telah dipindahkan sejak pukul 12 tengah malam hingga 2 pagi tadi berikutan kampung mereka dinaiki air lebih satu meter.
Kelmarin, lebih 150 penduduk beberapa buah kampung di Lenggong, Hulu Perak turut dipindahkan selama sehari selepas beberapa kawasan rendah dinaiki air sehingga satu meter.
Sementara itu, Jalan Selama Bagan Serai yang ditutup sejak semalam selepas dinaiki air lebih satu meter masih ditutup kepada semua lalu lintas petang ini. BERNAMA
...LAGI MAU LIHAT>>>KLIK JE KAT SINI..APA SUSAH
Friday, November 13, 2009
Wednesday, November 11, 2009
MENGANTUK DAN MENGUAP
FAEDAH DARI HADIS:
1. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam memberitahu kita bahawa menguap berasal dari syaitan gangguan Syaitan.
2. Oleh itu, apabila kita menguap atau terasa hendak menguap :
a. Berusaha menahannya sedaya upaya.
Sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam :
"Apabila salah seorang dari kalian menguap dalam solatnya, hendaklah ia berusaha menahan menguapnya sedaya mampu kerana ia boleh menyebabkan syaitan masuk." (Hadis riwayat. Muslim)
b. hendaklah kita menutup mulut (samada dengan tangan kiri atau kanan, depan atau belakang, kerana Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam tidak menetapkan mana2 bahagian),
Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda (maksudnya),
“Jika seseorang dari kalian menguap, maka tutuplah mulut dengan tangannya kerana sesungguhnya syaitan masuk (ke dalam mulut yang terbuka) .” (Hadis Riwayat Muslim)
c. Elak dari mengeluarkan bunyi ketika menguap. Seperti “Haaaaaah” Kerana apabila seseorang itu menguap sambil mengeluarkan bunyi, maka Syaitan akan ketawa. (mungkin sebab tulah ada orang terdengar hantu2 ketawa di banggunan baru ijn :-).
d. Elakkan juga mengangkat suara ketika menguap.
Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda (maksudnya),
“Menguap adalah dari Syaitan. Maka apabila seseorang dari kalian menguap, tahanlah (dari menguap) dengan sedaya upaya mungkin kerana sesungguhnya apabila seseorang itu menguap sambil berbunyi “Haaa” maka Syaitan akan mentertawakannya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)
Maka, apabila anda bebas dari gangguan syaitan, anda pasti dapat melaksanakan tanggungjawab anda dengan cemerlang….InsyaAlla h.
Allahu a'lam.
" Wahai Tuhanku, aku tak layak ke SyurgaMu, namun tak pula aku sanggup ke nerakaMu, ampunkan dosaku, terimalah taubatku, sesungguhnya Engkaulah Pengampun dosa² ku. Amin Ya Rabbal'alamin "
Kata ustaz : "kita ini semuanya sama,tiada beza muda ataupun tua,jangan menyombong atau takbur sesama manusia,sekalipun kita berpangkat atau berilmu-kerana di sisi ALLAH SWT kita semuanya sama - cuma yang membezakan kita hanyalah AMAL dan TAQWA"
PERAK NEGERI KU
Thursday, November 5, 2009
SELAMAT MENUNAIKAN IBADAT HAJI TAHUN 2009/1430M
Nostalgia 1953...Jemaah haji mula tiba di Pelabuhan Jeddah.....Betapa seronoknya mereka dapat sampai ke Makkah untuk menunaikan ibadat haji setelah berbulan-bulan belayar dengan menempuh pelbagai rintangan....Sekarang nie dah ada kapal terbang...sokejap jer sampai....bila ler pulak giliran aku....doa-doakanlah.....Amin....
Wednesday, November 4, 2009
KO ADANG 2 - THAILAND
Saudara Lokman kita kepuasan sekali karau dapat dua ekor kerapu di hari terakhir....Nengok air muka dia macam tak nak balik lagi-->nak tambah satu hari lagi.....apa susah..tambah ler duit....hehehehee
Hai Pak Din jangan tunduk lama-lama sangat....lepas ni nak guna lagi...almaklum ler dah 4 hari dok atas bot.....hahhahahahaha...
Saudara Akim dah tak sabar nak masak kerapu bara yang pertama baginya....lapar sangat ke brader?
Abg Nan dengan kerapu bara yang keduanya......lagi bertambah kehangatan jeles aku...dalam hati aku...bila ler pulak giliran aku...kwang..kwang..kwang..
Tuesday, November 3, 2009
PANCING DI PULAU KO ADANG1
Orang lain penat angkat barang.....mu sempat lagi berposing....nak tunjuk bukti kat isteri ka?
Barang-barang yang dibawa dah satu lori....tu baru 4hari/3malam jer ....Kalau pergi sebulan ntah banyak mana.....aku pun tak tahu...
Jeti Pak Bara.....tenang jer airnya.....gitu gak fikiranku.....
Semangat berkobar-kobar,Aku dah tak sabaq2 nak pergi Pulau Ko Adang nak pancing Kerapu Bara TAPI border pass blom selesai lagi tu ler pasal aku posing dulu......hahahahaha....dah pergi pasti nak pergi lagi...sampai boleh cakap siam...hahahhaha
Indahnya sunset....Anugerah tuhan yang tidak ternilai
...LAGI MAU LIHAT>>>KLIK JE KAT SINI..APA SUSAH







