KEHARUSAN POLIGAMI DAN HIKMAHNYA
"Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): Dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki." [Maksud Firman Allah Taala Surah An-Nisa':3]

Monday, November 16, 2009

IKAN BAUNG TERBESAR



LONDON - Sejenis ikan baung gergasi yang dipercayai mula membaham manusia selepas merasa daging mayat yang dihanyutkan ke dalam sebatang sungai di India, lapor sebuah akhbar semalam.Ikan berkenaan memakan daging mayat manusia yang dihanyutkan selepas dibakar dalam majlis pengebumian.






Beberapa penduduk tempatan sebelum ini percaya kewujudan satu raksasa misteri di dalam sungai Kali di sempadan India-Nepal yang telah membaham penduduk ketika mereka mandi.



Kewujudan ikan gergasi tersebut menyebabkan seorang ahli biologi, Jeremy Wade melakukan siasatan di mana penemuan itu bakal disiarkan dalam satu dokumentari di televisyen.



Dia berkata: "Beberapa penduduk tempatan memberitahu saya satu teori bahawa ia akan membesar secara luar biasa apabila membaham sebahagian daripada mayat manusia.



"Jika anda memberikan makanan yang lebih, ia akan membesar dengan lebih besar," katanya.



Wade berjaya menangkap ikan gergasi seberat 73 kilogram bersamaan 6 kaki panjang itu di mana ia adalah rekod paling berat dunia dan jauh lebih besar berbanding ikan terbesar yang pernah ditemui di sungai sebelum ini. - Agensi

1 comment:

  1. ni name nye ikan baung kenerak kat kg aku pangil. aku pun penah dapat masa memancing kat kampung. tapi x la besar cam tu. around 3 - 5 kg yg penah aku tengok. tapi ikan ni rase die xsedap sgt. lagi sedap ikan baung biase dari baung jenis ni.

    ReplyDelete

PULAU ADANG 1

 
Kembali ke Atas