Hadith:
Dari Ibnu Mas'ud RA bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah SAW: "Manakah amal yang lebih utama?" Beliau menjawab: "Sembahyang dalam waktunya, berbakti kepada ibu bapa dan berjuang di jalan Allah."
Huraian Hadith:
Di dalam al-Qur'an dinyatakan bahawa setiap amal perbuatan atau amal ibadah walau sekecil zarah sekalipun pasti dibalas dengan pahala oleh Allah SWT. Bayangkan, jika kita melakukan amal perbuatan atau amal ibadah yang paling utama tentulah jumlah pahalanya luar biasa banyaknya. Beruntunglah orang yang dapat melakukan amalan-amalan seperti yang disebutkan di dalam hadith di atas yang sememangnya amat besar ganjarannya.
Hal ini disebabkan setiap sesuatu kebaikan itu sesungguhnya amat susah untuk dilakukan lantaran terlalu banyak godaan dan halangan khususnya daripada syaitan laknatullah. Berbeza pula halnya dengan kejahatan yang senang sahaja berlaku kerana ini tidak dihalang bahkan dibantu khusus oleh syaitan.
Oleh yang demikian, sebagai benteng yang kukuh, manusia mestilah mempunyai keimanan yang teguh bagi melawan hasutan syaitan tersebut kerana kebiasaannya orang yang selalu tewas dan malas dalam melakukan kebajikan adalah orang yang meremehkan pembalasan daripada Allah SWT sama ada ia merupakan pembalasan baik atau pembalasan buruk(neraka).
SERUAN BERTAUBAT
Hadith:
Daripada al-Aghar bin Yasar al-Muzanni RA katanya : bersabda Rasulullah SAW : “Wahai sekalian manusia, bertaubatlah kepada Allah dan mohon ampunlah kepada-Nya sesungguhnya aku bertaubat dalam sehari seratus kali.”
Huraian Hadith:
1. Rasulullah SAW sendiri yang tidak pernah melakukan sebarang kesalahan atau dosa tetap beristighfar dan bertaubat kepada Allah lebih daripada tujuh puluh kali malahan sampai 100 kali sehari semalam, apatah lagi kita sebagai manusia biasa yang sering melakukan dosa dan kesalahan kepada Allah adalah wajib beristighfar dan bertaubat kepada-Nya
2. Allah memerintahkan setiap Muslim bertaubat, beristighfar kepada-Nya kerana bertaubat dan istighfar itu adalah satu ibadat iaitu amalan orang soleh.
.
...LAGI MAU LIHAT>>>KLIK JE KAT SINI..APA SUSAH
Friday, December 13, 2013
Thursday, August 29, 2013
KUBUR KITA : TAMAN SYURGA ATAU LUBANG NERAKA ?
Assalamualaikum pengunjung budiman.
Pernah junjungan besar kita Nabi Muhammad saw bersabda bahawa " Mati itu adalah sebaik-baik nasihat ". Maknanya mengingati mati itu mengingatkan kita tempat kembalinya kita iaitu menghadap Allah Azza Wajalla, segala amal baik atau buruk akan dibawa bersama ke alam barzakh dan akan dihisab pula di akhirat nanti. Syurga atau neraka menjadi tanda soal destinasi terakhir kita. Sudah pasti kematian yang menggerunkan itu dapat memotivasikan diri kita dan menjadi suatu pengajaran supaya kita tidak melakukan perkara-perkara yang ditegah. Manakala kubur itu pula merupakan tempat persinggahan atau transit kita sementara dipindahkan ke Padang Mahsyar. Ya, kelak kita kan memiliki kubur kita sendiri nanti sekiranya jasad kita tidak dibakar dan abunya dicampakkan dimerata-rata tempat.
Persoalannya, bagaimana keadaan kubur kita itu nanti ? Taman syurga atau lubang neraka ? Bersabdalah Rasulullah saw yang bermaksud; " Kubur itu adalah taman dari taman-taman syurga atau lubang dari lubang-lubang neraka." Jom soal diri kita setiap hari. Mana satu agaknya keadaan kubur kita itu? Sudah pasti cita-cita setiap mukmin untuk mendapatkan kubur mereka sebagai salah satu taman syurga kelak. Beramallah, berusahalah, jauhkanlah segala dosa-dosa, dan berdoalah penuh harap. Ingatlah selalu akan mati dan fikirlah selalu akan status kubur kita kerana itu adalah sebaik-baik nasihat bagi kita yang bergelumang dengan dosa ini. Allahuaklam.
...LAGI MAU LIHAT>>>KLIK JE KAT SINI..APA SUSAH
Wednesday, August 28, 2013
UJIAN MUSIBAH TANDA HAMBA DIKASIHI ALLAH SWT
Hadith :
Daripada Anas RA katanya, telah bersabda Rasulullah SAW, “Jika Allah SWT menghendaki kebaikan bagi seseorang hambanya, disegerakan bagi hamba itu balasan sewaktu di dunia. Sebaliknya jika Allah menghendaki dengan hambanya keburukan ditangguh pembalasan itu supaya disempurnakannya di hari kiamat.
Nabi SAW bersabda, “Sesungguhnya besarnya pahala itu bergantung pada besarnya ujian, sesungguhnya Allah SWT itu apabila dia mengasihi sesuatu kaum dia menguji mereka dengan kesusahan. Sesiapa yang reda dengan kesusahan itu akan mendapat keredhaan Allah dan siapa yang tidak redha maka dia akan menerima kemurkaan Allah SWT.”
Huraian Hadith :
1.Orang beriman akan diuji menurut tahap keimanan dan kedudukan mereka di sisi Allah SWT.
2.Bersabar menghadapi bala atau penyakit akan menghapuskan dosa.
3.Di antara tanda-tanda seseorang itu disayangi Allah SWT ialah bala ujian yang ditimpakan ke atasnya.
4.Oleh itu kita wajib bersabar atas kesusahan yang menimpa kita agar tidak ditimpa bala dua kali, yang keduanya ialah kerugian luput pahala.
5.Seseorang yang sabar menghadapi kesusahan hidup adalah sebagai tanda bahawa dia dikasihi Allah SWT. Orang yang tidak dikasihi Allah dilambatkan balasannya iaitu sampai ke hari kiamat.
6.Seseorang yang bersabar menghadapi kesusahan akan diberi ganjaran yang setimpal dengan kesusahan yang dihadapi itu.
7.Seseorang yang ingin menjadi hamba yang dikasihi Allah SWT dia hendaklah bersedia menerima ujian yang diturunkan Allah SWT kepadanya, sebaliknya seseorang yang tidak redha menerima ujian Allah SWT dia akan dibenci Allah SWT. ...LAGI MAU LIHAT>>>KLIK JE KAT SINI..APA SUSAH
Daripada Anas RA katanya, telah bersabda Rasulullah SAW, “Jika Allah SWT menghendaki kebaikan bagi seseorang hambanya, disegerakan bagi hamba itu balasan sewaktu di dunia. Sebaliknya jika Allah menghendaki dengan hambanya keburukan ditangguh pembalasan itu supaya disempurnakannya di hari kiamat.
Nabi SAW bersabda, “Sesungguhnya besarnya pahala itu bergantung pada besarnya ujian, sesungguhnya Allah SWT itu apabila dia mengasihi sesuatu kaum dia menguji mereka dengan kesusahan. Sesiapa yang reda dengan kesusahan itu akan mendapat keredhaan Allah dan siapa yang tidak redha maka dia akan menerima kemurkaan Allah SWT.”
Huraian Hadith :
1.Orang beriman akan diuji menurut tahap keimanan dan kedudukan mereka di sisi Allah SWT.
2.Bersabar menghadapi bala atau penyakit akan menghapuskan dosa.
3.Di antara tanda-tanda seseorang itu disayangi Allah SWT ialah bala ujian yang ditimpakan ke atasnya.
4.Oleh itu kita wajib bersabar atas kesusahan yang menimpa kita agar tidak ditimpa bala dua kali, yang keduanya ialah kerugian luput pahala.
5.Seseorang yang sabar menghadapi kesusahan hidup adalah sebagai tanda bahawa dia dikasihi Allah SWT. Orang yang tidak dikasihi Allah dilambatkan balasannya iaitu sampai ke hari kiamat.
6.Seseorang yang bersabar menghadapi kesusahan akan diberi ganjaran yang setimpal dengan kesusahan yang dihadapi itu.
7.Seseorang yang ingin menjadi hamba yang dikasihi Allah SWT dia hendaklah bersedia menerima ujian yang diturunkan Allah SWT kepadanya, sebaliknya seseorang yang tidak redha menerima ujian Allah SWT dia akan dibenci Allah SWT. ...LAGI MAU LIHAT>>>KLIK JE KAT SINI..APA SUSAH
Wednesday, August 7, 2013
AMALAN DI MALAM HARI RAYA
Hadith:
Daripada Abi Umamah r.a, daripada Nabi Muhammad SAW bersabda: Sesiapa mengerjakan amal ibadat pada malam hari raya (Aidil Fitri dan Aidil Adha) dengan mengharapkan keredhaan Allah semata-mata, hatinya tidak akan mati (pada hari qiamat) sebagaimana matinya hati (orang-orang yang kufur engkar) pada hari itu.
Huraian Hadith:
1. Umat Islam digalakkan menyambut hari raya dengan Takbir dan Tahmid sebagai menandakan kesyukuran kepada Allah. Malah orang-orang yang beriman yang menghidupkan malam hari raya dengan beramal dan beribadat kerana Allah, hatinya akan hidup (bahagia dan gembira). Mereka akan mendapat balasan yang baik di sisi Allah S.W.T.
2. Sebaliknya orang-orang yang kufur engkar, hatinya mati (hampa dan kecewa) pada hari itu, kerana dimurkai Allah dan ditimpa dengan sebuiruk-buruk balasan.
...LAGI MAU LIHAT>>>KLIK JE KAT SINI..APA SUSAH
Tuesday, August 6, 2013
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI --> MAAF ZAHIR DAN BATIN - NAZA CB SEKELUARGA
Hadith:
Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: Hiasilah hari-hari raya kamu dengan bertakbir.
Huraian Hadith:
1. Umat Islam digalakkan menyambut hari raya sama ada hari raya Aidil Fitri mahupun Aidil Adha dengan bertakbir beramai-ramai, di masjid-masjid atau di surau-surau bagi menandakan kesyukuran kepada Allah SWT setelah berjaya berpuasa selama sebulan.
2. Di hari yang mulia ini juga umat Islam hendaklah bermaaf -maafan antara satu sama lain dan kunjung mengunjung bagi merapatkan hubungan silatul rahim sesama Islam.
Hadith:
Daripada Abi Said al-Khudri, r.a. katanya: Biasanya Nabi Muhammad SAW keluar ke tanah lapang pada hari raya Aidil Fitri dan Aidil Adha, maka perkara yang mula-mula dilakukan oleh baginda ialah mengerjakan sembahyang (sembahyang hari raya) kemudian (setelah selesai sembahyang), Baginda bangun mengadap orang ramai (untuk berkhutbah) sedang mereka (jamaah) tetap duduk dalam saf masing-masing, lalu Baginda menasihati mereka dan berwasiat (supaya mereka sentiasa bertaqwa) serta menyuruh mereka (tetap taat mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya).
Huraian Hadith:
1. Sembahyang hari raya Aidil Fitri (dan juga Aidil Adha) sunat dilakukan secara berjamaah sama ada di tanah lapang, di dalam masjid dan sebagainya.
2. Khutbah hari raya Aidil Fitri hendaklah dilakukan sesudah mengerjakan sembahyang, di mana para jamaah hendaklah tetap duduk dalam saf masing-masing dan mendengar pengajaran khutbah yang disampaikan oleh khatib.
.
...LAGI MAU LIHAT>>>KLIK JE KAT SINI..APA SUSAH
Thursday, May 30, 2013
HARI KIAMAT
HARI KIAMAT merupakan Hari Pengakhiran bagi semua makhluk di atas muka bumi ini. Hari kiamat merupakan hari di mana semua manusia dihimpunkan dari seawal-awal kelahiran iaitu manusia semenjak zaman Nabi Adam dan Hawa hinggalah kepada manusia yang paling akhir sekali dijadikan dan dimatikan oleh Allah SWT. Pada hari itu juga manusia dihisab amalannya. Hari Kiamat adalah sesuatu perkara yang benar sebagaimana benarnya bahawa setiap manusia akan mati. Al-Quran banyak menyebut tentang Kiamat itu sebagaimana yang disebut dalam surah al-Hajj: Ayat 7 bermaksud: “Dan sesungguhnya hari kiamat itu pasti akan datang, tidak ada keraguan padanya…”
Dalam ayat lain Allah SWT berfirman: “Dan tidaklah kami ciptakan langit dan bumi serta apa yang ada pada keduanya, melainkan dengan benar, dan sesungguhnya kiamat itu pasti akan datang, maka maafkanlah mereka dengan cara yang baik” (al-Hijr:85)
Remaja semua, mari kita fikir sejenak tentang tanda-tanda kecil menunjukkan hampirnya kiamat berdasarkan hadis sahih Nabi s.a.w dengan melihat realiti kehidupan kita serta kejadian berlaku pada manusia ketika ini.
Antara Tanda-Tanda Kecil Kiamat Berdasarkan Hadis:
Penaklukan Baitulmaqdis
Dari Auf b Malik r.a katanya, “Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “Aku menghitung enam perkara menjelang Hari kiamat. “Baginda menyebutkan salah satu diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.” (Sahih Bukhari)
Zina Berleluasa
“Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang sesuka hatinya melakukan persetubuhan seperti keldai. Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang” (Sahih Muslim)
Alat-Alat Muzik Menjadi Kebanggaan Dan Digilai
Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan pada muka. Ada yang bertanya kepada Rasulullah “Wahai Rasulullah bila hal itu terjadi?” Baginda menjawab: “Apabila telah bermaharajalela muzik (bunyi-bunyian) dan ramainya penyanyi-penyanyi wanita” ( HR Ibnu Majah)
Menghias Masjid Dan Membanggakannya
“Diantara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megah dalam mendirikan masjid” ( H.R Nasai)
Munculnya Kekejian, Memutuskan Persaudaraan Dan Bersikap Buruk Dengan Jiran
“Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan bersikap yang buruk dengan jiran” (H.R Ahmad dan Hakim)
Ramai Orang Soleh Meninggal Dunia
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah SWT mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran” ( H.R Ahmad)
Orang Hina Mendapat Kedudukan Terhormat
“Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’ (orang yang bodoh dan hina). Maka Orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia” (H.R Thabrani)
Mengucapkan Salam Kepada Orang Yang Dikenali Sahaja
“Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalinya sahaja.” (H.R Ahmad)
Ramai Wanita Berpakaian Tetapi Hakikatnya Telanjang
Diriwayatkan dari Abu Huraira r.a “Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang”
Bulan Sabit Kelihatan Besar
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah membesarnya bulan sabit.” (H.R Thabrani)
Banyak Dusta Dan Tidak Tepat Dalam Menyampaikan Berita
“Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh ibu bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu.” ( Sahih Muslim)
Banyak Saksi Palsu Dan Menyimpan Kesaksian Yang Benar
“Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar.” (Riwayat Ahmad)
Negara Arab Menjadi Padang Rumput Dan Sungai
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai.” (Sahih Muslim)
Demikianlah sebahagian daripada tanda-tanda kecil akan berlakunya hari kiamat. Marilah kita renungkan sejenak untuk menjadi panduan hidup. Hidup kita hanya sebentar sahaja di muka bumi ini, seharusnya hidup yang singkat ini kita isi dengan sesuatu yang berfaedah sama ada untuk diri sendiri, agama, bangsa mahupun negara. Andai kita seorang remaja, jadilah remaja yang bijak, baik hati, ingat Tuhan dan berbakti.
Friday, May 3, 2013
Wednesday, April 3, 2013
SABAR MENGHADAPI UJIAN KESAKITAN ATAU KEMATIAN
Hadith:
Daripada Anas RA katanya, “Tatkala Nabi SAW sedang sakit tenat, Fatimah RA berkata, “Alangkah menderitanya ayahku.” (Di masa itu Nabi Muhammad SAW mendengar) lalu baginda bersabda, “Ayah tidak menempuh kesusahan lagi selepas hari ini.” Kemudian setelah wafat Rasulullah SAW Fatimah RA berkata, “Oh ayah” dia telah menyahut panggilan tuhannya, “Oh ayah! Syurga Firdauslah tempatnya”, “Oh ayah! Kepada Jibril kami khabarkan.” Apabila Rasulullah SAW telah dimakamkan Fatimah RA berkata, wahai Anas, adakah senang hati kamu menimbus tanah ke atas Rasulullah SAW?”
Huraian Hadith:
1.Harus melahirkan kesedihan bagi mayat tanpa laungan dan ratapan yang menunjukkan tidak redha dengan takdir Allah.
2.Kesabaran Nabi SAW menghadapi sakaratul maut merupakan satu ujian Allah untuk meningkatkan darjat baginda.
3.Kata-kata saidatina Fatimah RA selepas Rasulullah dikebumikan adalah untuk menggambarkan dukacita bukan bermaksud membantah.
4.Hadith ini menggambarkan kesabaran seorang anak yang menghadapi ayahnya yang sedang sakit tenat lalu meninggal dengan setiap orang dikehendaki bersabar apabila menghadapi kematian dan malapetaka.
5.Setiap Muslim hendaklah insaf bahawa semua perkara adalah datang daripada Allah dan kepada-Nya ia akan kembali.
...LAGI MAU LIHAT>>>KLIK JE KAT SINI..APA SUSAH
Tuesday, March 19, 2013
WAKTU DOA PALING MUSTAJAB
Hadith:
Dari Ibnu Abbas RA katanya: Rasulullah SAW membuka tirai (kamarnya ketika baginda sakit akan meninggal), padahal ketika itu jamaah sedang solat berjamaah diimami Abu Bakar. Lalu baginda bersabda: "Sesungguhnya tidak ada lagi wahyu kenabian yang ketinggalan yang harus aku sampaikan, kecuali mimpi baik seorang muslim. Ketahuilah! Aku dilarang membaca al-Quran dalam rukuk dan sujud. Agungkanlah Allah Azza wa Jalla di dalam rukuk dan perbanyakkanlah doa di dalam sujud pasti doamu diperkenankan Allah S.W.T."
Huraian Hadith:
1.Kedudukan sujud ialah dengan meletakkan kedua tangan, lutut, hujung kaki, dan dahi pada lantai. Ketika Allah meminta para malaikat bersujud kepada nabi Adam AS bererti inilah tingkat tertinggi dari sebuah penghormatan.
2.Sujud hanyalah untuk Allah S.W.T. Allah meminta malaikat sujud hormat, bukan sujud penyembahan dan mengajar kita bahawa tingkat paling tinggi dari rasa hormat adalah "Sujudlah pada Ku." Tidak ada penyembahan yang lebih baik daripada sujud. Itulah sebabnya mengapa umat Islam berbeza daripada umat agama lain. Mereka meletakkan dahinya atau kepalanya yang paling mulia ke tanah. Hal ini sekaligus membuang sifat angkuh seseorang dan menggantinya dengan berserah kepada Tuhan-Nya yang paling Agung. Inilah nilai kehambaan yang sebenar yang mengundang rahmat dan keberkatan daripada Allah.
3.Sujud juga mengasuh hati manusia bukan saja supaya mengingat akan asal kejadiannya tetapi juga akan dikembalikan ke tanah iaitu menemui ajal kematian. .
...LAGI MAU LIHAT>>>KLIK JE KAT SINI..APA SUSAH
Subscribe to:
Posts (Atom)