KEHARUSAN POLIGAMI DAN HIKMAHNYA
"Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): Dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki." [Maksud Firman Allah Taala Surah An-Nisa':3]

Friday, December 13, 2013

TIGA AMALAN BERKAT

Hadith:

Dari Ibnu Mas'ud RA bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah SAW: "Manakah amal yang lebih utama?" Beliau menjawab: "Sembahyang dalam waktunya, berbakti kepada ibu bapa dan berjuang di jalan Allah."

 Huraian Hadith:

Di dalam al-Qur'an dinyatakan bahawa setiap amal perbuatan atau amal ibadah walau sekecil zarah sekalipun pasti dibalas dengan pahala oleh Allah SWT. Bayangkan, jika kita melakukan amal perbuatan atau amal ibadah yang paling utama tentulah jumlah pahalanya luar biasa banyaknya. Beruntunglah orang yang dapat melakukan amalan-amalan seperti yang disebutkan di dalam hadith di atas yang sememangnya amat besar ganjarannya.

Hal ini disebabkan setiap sesuatu kebaikan itu sesungguhnya amat susah untuk dilakukan lantaran terlalu banyak godaan dan halangan khususnya daripada syaitan laknatullah. Berbeza pula halnya dengan kejahatan yang senang sahaja berlaku kerana ini tidak dihalang bahkan dibantu khusus oleh syaitan.

Oleh yang demikian, sebagai benteng yang kukuh, manusia mestilah mempunyai keimanan yang teguh bagi melawan hasutan syaitan tersebut kerana kebiasaannya orang yang selalu tewas dan malas dalam melakukan kebajikan adalah orang yang meremehkan pembalasan daripada Allah SWT sama ada ia merupakan pembalasan baik atau pembalasan buruk(neraka).

SERUAN BERTAUBAT

Hadith:


Daripada al-Aghar bin Yasar al-Muzanni RA katanya : bersabda Rasulullah SAW : “Wahai sekalian manusia, bertaubatlah kepada Allah dan mohon ampunlah kepada-Nya sesungguhnya aku bertaubat dalam sehari seratus kali.”

Huraian Hadith:

1. Rasulullah SAW sendiri yang tidak pernah melakukan sebarang kesalahan atau dosa tetap beristighfar dan bertaubat kepada Allah lebih daripada tujuh puluh kali malahan sampai 100 kali sehari semalam, apatah lagi kita sebagai manusia biasa yang sering melakukan dosa dan kesalahan kepada Allah adalah wajib beristighfar dan bertaubat kepada-Nya

2. Allah memerintahkan setiap Muslim bertaubat, beristighfar kepada-Nya kerana bertaubat dan istighfar itu adalah satu ibadat iaitu amalan orang soleh.

.

No comments:

Post a Comment

PULAU ADANG 1

 
Kembali ke Atas