Riwayat: Muslim
Kategori: Ibadah
Hadith:
Daripada Abu Abdullah yang dikenali juga dengan Abdul Rahman Thauban RA hamba Rasulullah SAW katanya, aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda, ”Perbanyakkanlah sujud sesungguhnya sekali-kali tidaklah engkau sujud kerana Allah satu sujud pun kecuali Allah mengangkat dengannya satu darjat, dan hapuskan dengannya satu dosa."
Huraian Hadith:
- Dimaksudkan sujud dalam hadith ini adalah sembahyang, disebut sujud kerana sujud adalah rukun yang terpenting.
- Sembahyang sunat dan ibadat umumnya meningkatkan darjat seseorang dan menggugurkan kejahatannya.
- Setiap muslim hendaklah sentiasa menjaga sembahyangnya terutamanya sembahyang fardhu.
No comments:
Post a Comment