KEHARUSAN POLIGAMI DAN HIKMAHNYA
"Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): Dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki." [Maksud Firman Allah Taala Surah An-Nisa':3]

Thursday, August 29, 2013

KUBUR KITA : TAMAN SYURGA ATAU LUBANG NERAKA ?

Assalamualaikum pengunjung budiman.


Pernah junjungan besar kita Nabi Muhammad saw bersabda bahawa " Mati itu adalah sebaik-baik nasihat ". Maknanya mengingati mati itu mengingatkan kita tempat kembalinya kita iaitu menghadap Allah Azza Wajalla, segala amal baik atau buruk akan dibawa bersama ke alam barzakh dan akan dihisab pula di akhirat nanti. Syurga atau neraka menjadi tanda soal destinasi terakhir kita. Sudah pasti kematian yang menggerunkan itu dapat memotivasikan diri kita dan menjadi suatu pengajaran supaya kita tidak melakukan perkara-perkara yang ditegah. Manakala kubur itu pula merupakan tempat persinggahan atau transit kita sementara dipindahkan ke Padang Mahsyar. Ya, kelak kita kan memiliki kubur kita sendiri nanti sekiranya jasad kita tidak dibakar dan abunya dicampakkan dimerata-rata tempat.

Persoalannya, bagaimana keadaan kubur kita itu nanti ? Taman syurga atau lubang neraka ? Bersabdalah Rasulullah saw yang bermaksud; " Kubur itu adalah taman dari taman-taman syurga atau lubang dari lubang-lubang neraka." Jom soal diri kita setiap hari. Mana satu agaknya keadaan kubur kita itu? Sudah pasti cita-cita setiap mukmin untuk mendapatkan kubur mereka sebagai salah satu taman syurga kelak. Beramallah, berusahalah, jauhkanlah segala dosa-dosa, dan berdoalah penuh harap. Ingatlah selalu akan mati dan fikirlah selalu akan status kubur kita kerana itu adalah sebaik-baik nasihat bagi kita yang bergelumang dengan dosa ini. Allahuaklam.

No comments:

Post a Comment

PULAU ADANG 1

 
Kembali ke Atas