KEHARUSAN POLIGAMI DAN HIKMAHNYA
"Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): Dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki." [Maksud Firman Allah Taala Surah An-Nisa':3]

Wednesday, August 28, 2013

UJIAN MUSIBAH TANDA HAMBA DIKASIHI ALLAH SWT

Hadith :

Daripada Anas RA katanya, telah bersabda Rasulullah SAW, “Jika Allah SWT menghendaki kebaikan bagi seseorang hambanya, disegerakan bagi hamba itu balasan sewaktu di dunia. Sebaliknya jika Allah menghendaki dengan hambanya keburukan ditangguh pembalasan itu supaya disempurnakannya di hari kiamat.

Nabi SAW bersabda, “Sesungguhnya besarnya pahala itu bergantung pada besarnya ujian, sesungguhnya Allah SWT itu apabila dia mengasihi sesuatu kaum dia menguji mereka dengan kesusahan. Sesiapa yang reda dengan kesusahan itu akan mendapat keredhaan Allah dan siapa yang tidak redha maka dia akan menerima kemurkaan Allah SWT.”

Huraian Hadith :

1.Orang beriman akan diuji menurut tahap keimanan dan kedudukan mereka di sisi Allah SWT.

2.Bersabar menghadapi bala atau penyakit akan menghapuskan dosa.

3.Di antara tanda-tanda seseorang itu disayangi Allah SWT ialah bala ujian yang ditimpakan ke atasnya.

4.Oleh itu kita wajib bersabar atas kesusahan yang menimpa kita agar tidak ditimpa bala dua kali, yang keduanya ialah kerugian luput pahala.

5.Seseorang yang sabar menghadapi kesusahan hidup adalah sebagai tanda bahawa dia dikasihi Allah SWT. Orang yang tidak dikasihi Allah dilambatkan balasannya iaitu sampai ke hari kiamat.

6.Seseorang yang bersabar menghadapi kesusahan akan diberi ganjaran yang setimpal dengan kesusahan yang dihadapi itu.

7.Seseorang yang ingin menjadi hamba yang dikasihi Allah SWT dia hendaklah bersedia menerima ujian yang diturunkan Allah SWT kepadanya, sebaliknya seseorang yang tidak redha menerima ujian Allah SWT dia akan dibenci Allah SWT. 

No comments:

Post a Comment

PULAU ADANG 1

 
Kembali ke Atas